Top 5 ranked: Nasi Kandar paling bomb kat Bandar Bukit Raja

Hey Rajapals foodie! If you’re in Bandar Bukit Raja dan teringin nak makan Nasi Kandar yang terbaik, this is your chance. Dah seminggu hubby ikut I nak compile the top 5 Nasi Kandar kat Bandar Bukit Raja ni. Let’s go!

5) Nasi Kandar Mamak Express

At no. 5 – Nasi Kandar Mamak Express di Jalan Rodat 1/KU5. Tempat ini menawarkan hidangan Nasi Kandar yang cepat dan lazat dengan pelbagai kari dan hidangan sampingan yang penuh rasa. Suasana santai turut menambah pengalaman, menjadikannya tempat pilihan untuk mereka yang mencari hidangan yang memuaskan. Apa yang boleh dicuba?

Give their Chicken Kurma a try kalua korang nak that taste of classic Nasi Kandar.

4) Nasi Kandar Qalam Bistro

At no. 4 is Nasi Kandar Qalam Bistro di Jalan Makyong 5c/KU5. Tempat ni agak hidden sikit.. Diorang ada banyak hidangan best best and their taste is power. Lain dari yang lain. Kari dia nipis sikit and wangi.. So Puteri rasa Qalam Bistro is the place to be if korang nak cari something different for Nasi Kandar.

Apa yang Puteri recommend untuk try? Spice up your meal dengan Ayam Madu- satu kelezatan yang manis dan crispy!

3) Nasi Kandar Ahlam Maju

Merangkul tempat ketiga ialah Nasi Kandar Ahlam Maju di Jalan Astaka 5/KU2. Terkenal dengan hidangan yang banyak variety dan kuah kari yang pekat, Ahlam Maju is the talk of the town . Pelbagai hidangan dan rempah-rempah wangi yang digunakan dalam masakan mereka menjadikannya tempat wajib dicuba bagi peminat Nasi Kandar.

Puteri cadangkan korang try Mutton Varuval diorang untuk sentuhan rasa yang membangkitkan selera.

2) Mamak Mia

Tempat kedua ialah Mamak Mia di Jalan Rodat 1/KU5. Tempat yang penuh warna ni captures the essence of Mamak dengan atmosphere yang happening dan rasa yang kaya. Yang bezakan dia ialah nasi dia.. dia pakai mogra rice yang kecik sikit tu. Walaupun nasi je, difference dia memang terasa.

Puteri recommend korang try the Fish Head Curry untuk rasa masakan siq qandaq yang sejati.

1) Nasi Kandar Mamu Penang

Ni Puteri dah pernah recommend kan! My favourite is Nasi Kandar Mamu Penang di Jalan Makyong 5f/KU5. Tempat ini mencuri perhatian dengan gaya Nasi Kandar Penang yang boleh kata authentic lah. Dari nasi yang wangi hingga pelbagai hidangan panas yang menggoda. Mamu Penang delivers everytime.

Cuba order semua! Haha!

So, tu je lah lima tempat Nasi Kandar terbaik kat Bandar Bukit Raja. Sama ada korang suka food rasa rempah-rempah atau lebih suka cita rasa yang ringan, tempat-tempat ini menawarkan pelbagai rasa yang menyambut tradisi Nasi Kandar. Selamat mencuba, dan semoga pengembaraan Nasi Kandar anda di Bandar Bukit Raja dipenuhi dengan nikmat!

ENDS